Dalam berjuta-juta wanita inspirasi yang terkenal di pelosok dunia, jawapan yang diberikan Pengasas Aidijuma ini nyata mengejutkan. Percaya atau tidak, beliau sebenarnya cukup menyanjung pesona ibu Perdana Menteri, Tun Hajah Rahah Tan Sri Haji Mohd Noah Omar.

Apa agaknya keistimewaan Tun Hajah Rahah hingga Datin Norjuma mengagumi peribadi wanita hebat tersebut? Ini pengakuan jujur Datin Norjuma.

  1. Seumur hidup ini, seorang wanita yang paling saya kagumi dari segi penampilan dan pembawaan diri ialah Tun Hajah Rahah. Saya terinspirasi melihat bagaimana beliau berpakaian di rumah, luar rumah dan ke majlis. Biarpun pernah menjadi isteri kepada Perdana Menteri, cara pemakaian beliau paling sederhana, tetapi menarik dan klasik sepanjang zaman.
  2. Kalau kita hendak menjadi wanita yang hebat, biar setinggi mana pun darjat atau pangkat yang kita miliki, fesyen yang kita gayakan itu lebih sederhana adalah lebih baik dan itulah sebenarnya menjadi kayu ukur dalam berpakaian atau berfesyen bagi seorang wanita.
  3. Kita perlu jadi wanita serba boleh untuk seseorang yang sangat memerlukan diri kita. Umpamanya anak-anak, suami dan mereka yang menghormati kita. Cuba sebaik mungkin untuk membahagiakan orang lain kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan kita.

Menyentuh persiapan Aidilfitri yang bakal tiba, Datin Norjuma menyifatkan Hari Raya sebagai momen untuk saling bermaaf-maafan dan bukanlah momen untuk bertanding pakaian satu sama lain. Jelasnya lagi, budaya melayan tetamu pada Hari Raya juga perlu dipelajari oleh setiap wanita.

Tiru seni melayan tetamu cara Datin Norjuma

  • Alas meja perlu digosok.
  • Susunan meja mesti betul.
  • Cara susunan hidangan juga harus tepat misalnya bermula dengan starter, main course dan akhir sekali, dessert.
  • Berikan goodies atau buah tangan untuk tetamu.

Klik video interview ini untuk video selanjutnya. Lihat kepetahan wanita pintar ini menjawab soalan spontan daripada Kiffy Razak yang mempesonakan!