Tingkatkan kecerdasan dan tumpuan mental si manja dengan ramuan penting DHA dan Lecithin yang terkandung dalam produk Brand’s Alphamynd Sari Pati Ayam untuk kanak-kanak. Ia dirumus khas untuk kebaikan dan nutrisi yang diperlukan oleh kanak-kanak bagi perkembangan otak dan tumbesaran. Brand’s Alphamynd amat sesuai untuk kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 12 tahun bagi mengekalkan kesihatan mereka secara keseluruhan.

 

Diperoleh daripada minyak ikan, DHA iaitu blok pembangunan utama otak berfungsi meningkatkan pembangunan dan kesihatan mental kanak-kanak. Manakala Lecithin pula baik untuk mengawal peredaran nutrient ke otak di samping bertindak sebagai pelindung kepada otak dan memperbaiki prestasi fungsi otak.

 

Selain kelebihan DHA dan Lecithin, produk kesihatan tambahan kanak-kanak ini juga diperkaya dengan Vitamin B. Melaluinya, kanak-kanak berupaya memperbaiki tahap kecerdasan dan kesihatan tubuh badan serta mengaut daya tumpuan yang baik.

 

Dapatkan Brand’s Alphamynd Sari Pati Ayam untuk kanak-kanak dengan DHA dan Vitamin B di semua farmasi terkemuka dan pasar raya besar seluruh negara dengan harga RM25.90 untuk pek 6 botol x 42mg.