Tidak salah jika mahu kelihatan stylish biarpun ketika berbadan dua.  Namun, jangan sampai menyeksa diri sendiri kerana kasut yang dikenakan tidak sesuai dengan kondisi anda. Kasut yang sesuai dan selesa memang sangat disarankan, kerana selain untuk keselesaan, ia juga penting untuk faktor keselamatan dan kesihatan bayi dalam di dalam perut.

Semakin lama, wanita hamil akan mudah mengalami hyperlordosis iaitu tulang belakang yang melengkung ke hadapan menjauhi garisan normal. Oleh itu pemilihan kasut memang sangat penting supaya tidak menambah rasa ketidakselesaan itu.

Hyperlordosis

Tip Pilih Kasut

  • Pilih kasut yang satu saiz lebih besar dari sebelum anda hamil. Ini lebih selesa kerana memang kelaziman wanita hamil akan mengalami perubahan pada saiz kakinya.
  • Pilih lebar tapak kasut yang sama lebar dengan jenis kasut yang dipilih. Ia lebih selesa buat anda dan lebih selamat ketika melangkah.
  • Jangan pilih hujung kasut yang runcing sehingga dapat melukakan hujung kaki anda ketika sedang berjalan.
  • Bentuk kasut yang sesuai untuk anda adalah yang mengikut bentuk kaki anda.  Dengan tapak yang tidak terlalu leper, mempunyai sedikit tumit untuk keselesaan.

Perkara Yang Mesti Dielakkan

  • Jangan memilih tapak kasut yang lebih kecil dari bentuk kasutnya kerana ia akan membebani kaki dan otot anda.  Terutama buat anda yang hamil, pastinya akan memberi kesan terhadap belakang anda.
  • Kasut yang bertapak leper juga harus dielakkan kerana ia akan cepat meletihkan anda.  Kesemua beban tubuh akan tertumpu di bahagian tumit anda, pilih kasut yang sedikit bertumit untuk lebih seimbang.
  • Biarpun anda mahu dipanggil hot mama namun kasut tumit tinggi harus dielakkan buat seketika.  Ia akan meningkatkan risiko hyperlordosis dan anda tidak mampu berasa selesa untuk melangkah dengan beban tubuh yang berat daripada biasa.