Kini bukan hanya orang dewasa yang mahu berfesyen, anak-anak kecil juga tidak mahu kurang dalam bergaya. Tambahan pula kini dengan pendedahan kepada media sosial, pastinya #ootd anak mahu dimuat naik ke laman sosial. Namun begitu rangkaian fesyen buat kanak-kanak tidaklah terlalu luas, kebanyakan rekaan kelihatan terlalu comel dan tidak nampak stailish setanding orang dewasa.

Usah pening kepala, terbaru rangkaian jenama hishstreet Charles & Keith telah melancarkan koleksi Charles & Keith Little yang mengambil DNA gaya dan panduan dari rekaan musim bunga 2017 dengan memilih beberapa gaya ikonik yang popular. Mencedok inspirasi dari 'The Explorer's Club', dalam kempen yang diserlahkan ia menonjolkan daya energi dan imaginasi  kanak-kanak yang mengingatkan kepada saat manis apabila bermain bersama teman sebaya.

Rekaan signatur sepatu loafers Pennny, sandal, beg galas merupakan rekaan yang direka dalam koleksi istimewa ini. Manakala perincian sulaman menghiasi rekaan yang menyerlahkan aura comel anak kecil. Palet rona yang diserlahkan pula berpaksikan kepada rona-rona pop yang menyerlah seperti jingga, merah jambu dan juga rona metalik.