• Jika tahun lalu kita mendengar desas desus bahawa busana yang digayakan oleh para pramugari Malaysia Airlines akan ditukar, namun sehingga kini tiada perkhabaran baru tentang perkara tersebut, entah jadi entah tidak. Kelmarin, tiba-tiba kita dikejutkan dengan uniform baru Hainan Airlines yang sungguh menawan bertaraf busana couture yang mahal.
  • Siapa sangka dengan kecantikannya dalam balutan hijab, dia menjadi topik bualan hangat dunia fesyen hari ini apabila menjadi model berhijab pertama yang melewati pentas New York Fashion Week menerusi penampilannya bagi jenama pakaian Yeezy milik selebriti terkenal, Kanye West.
  • Gaun perkahwinan menjadi satu elemen penting kepada bakal ratu sehari.
  • Mempersembahkan koleksi haute couture pertama dibawah ideanya bagi musim bunga/panas 2017, ternyata Maria berjaya mengekalkan injeksi gaya yang lebih muda, chic dan punya elemen ready to wear kepada keseluruhan koleksi.
  • Musim ini raikan lebaran dengan rekaan sedondon buat sekeluarga dengan busana tradisional dengan nafas moden.
  • Dari mata turun ke hati, dari hati cinta bersemi. Inilah ungkapan sempurna saat melihat koleksi terkini pereka fesyen yang punya cita rasa cukup moden. Tahun ini buat koleksi musim hari raya yang bakal menjelma, pereka fesyen kecil molek, Nurita Harith telah menghasilkan dua koleksi iaitu koleksi siap pakai dan juga luxe.
  • Butik ini dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Norasikien Zulkefli dan Mohd Zaini Ishak. Mereka sentiasa memberikan kelainan kepada setiap produk yang dihasilkan demi menjaga nilai Eksklusif Dewi Saffiya. Maka tidak hairanlah, jenama ini sentiasa menjadi pilihan serta mempunyai pengikutnya yang tersendiri.
  • Busana Heida Meihadz yang berpotongan Muslimah dan Islamik ini cukup anggun untuk digayakan dalam apa jua majlis.
  • Penghujung Mac lalu, jenama pakaian dalam terkini dari tanah air, Neubodi membuka pintu flagship store mereka di Mid Valley Megamall.
  • Seiring dengan permintaan yang sentiasa meningkat, SSH Textile turut tidak ketinggalan menerima pelanggan baru dari seluruh Malaysia.
  • Aura romantik Melayu jelas terlihat pada koleksi busana perkahwinan rekaan Mimpi Kita. Itulah idea pertama yang terlintas apabila melihat koleksi daripada jenama ini.
  • Melangkah bergaya dalam rona senada bersama si kecil dengan rekaan indah EZE Fashion.
  • Untuk koleksi Aidilfitri 2014 D’yanan, olahan moden banyak diterapkan pada potongan jubahnya. Misalnya potongan ‘empire’ yang menjadikan pemakai kelihatan lebih langsing dan masih lagi tampil sopan.
  • Siapa yang tidak kenal dengan personaliti popular Ziana Zain, bakat nyanyian dan lakonannya cukup memukau.
  • Inspirasi musim bunga, Pandora tampil dengan koleksi yang merentas batas imaginasi. Keindahan bunga segar dengan kecantikan rama-rama menjadi ritma di dalam koleksi musim ini dengan sentuhan mewah dan elegan.
  • Butik D’yana merupakan salah satu jenama fesyen Muslimah terbesar di Asia Timur yang terkenal dengan rekaannya yang menarik termasuk dari segi potongan yang menjadikannya cukup terletak di badan. Di samping, membawa pembaharuan dan impak kepada perkembangan rekaan busana Muslimah.
  • Wanita kecil molek ini merupakan salah seorang pereka fesyen masa kini yang semakin meningkat naik namanya. Nilai estetik rekaan yang nyata moden membuatkan beliau berada dalam lapangan yang lain berbanding pereka fesyen yang seangkatan dengannya.
  • Ciri-ciri ini mampu dilihat pada binaan struktur pakaian yang diserlahkan. Busana yang direka tidak melekap pada tubuh dan memberikan sensasi rasa yang penuh selesa. Gabungan warna-warna optimistik yang diperkatakan pula berkisar pada rona-rona yang cukup menenangkan dan disuntik dengan rona terang.
  • Galeri tudung terkenal, Galeri Ariani telah mengadakan sebuah majlis gala pertunjukan fesyen yang bertempat di Hotel Doubletree by Hilton pada Mac 2014 yang lalu. Majlis pertunjukan fesyen ini telah menampilkan rangkaian rekaan terbaru, terkini dan terlaris yang telah dihasilkan oleh Galeri Ariani.
  • Majlis pelancaran butik terbaru di Bangsar, Modvier telah dilangsungkan dalam suasana penuh eksklusif. Terletak di Jalan Riong, butik ini menempatkan 28 jenama tempatan di bawah satu bumbung. Apa yang pasti butik ini sesuai untuk dikunjungi oleh mereka yang sama ada berhijab ataupun tidak.
  • Terkenal sebagai jenama pakaian intim yang sempurna untuk menyerlahkan keyakinan wanita hari ini, Neubodi akhirnya membuka pintu butiknya di Mid Valley Megamall, Mac lalu.
  • Februari lalu sebagai menghargai ahli-ahli setianya, jenama tudung dan fesyen Muslimah terkenal di Malaysia iaitu Pearl Haya mengadakan sebuah majlis gilang gemilang di Klana Resort Seremban.
  • Koleksi mewah busana penuh pesona. Perincian sempurna saling melengkapi keindahan rekaan Jedan.
  • Satu sesi memperkenalkan wajah terbaru jenama terkemuka ini kepada para media telah dilangsungkan.
  • Nilai estetika yang dibawa pereka terkenal tanah air ini cukup mengagumkan. Nama beliau bukan hanya menjadi siulan penggemar fesyen negara malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa. Kesempatan bertentang mata bersama personaliti ini merupakan satu penghargaan besar dalam menyelami jiwa fesyen milik Dato’ Tom Abang Saufi.
  • Kepadatan jadual kerja, kesibukan kota raya semuanya mampu ditangkis dengan keyakinan yang jitu.
  • Pereka ini bagaikan mengembara ke destinasi seperti menara Eiffel di Paris dan bangunan Sagrada Familia di Barcelona.
  • Daripada ribuan gaya yang menghuni pasaran fesyen, beberapa jenama kreatif hadir dalam pemahaman mood yang jauh lebih serasi bersama sang pria.
  • Gaya dan personaliti Edie Sedgwick yang juga digelar ‘Youthquack’ oleh editor terkenal majalah Vogue, Diana Vreeland pada era 60-an menjadi tunjang utama inspirasi rekaan Khoon Hooi. Kecintaan Edie pada corak belang, pemakaian skirt pendek dan jumpsuit disuntik ke dalam setiap rekaan secara eksklusif dan berseni. Potongan dan juga pemilihan warna metalik bersulam belang hitam menyerlahkan gaya mewah.
  • Cipta gaya maksima dengan memilih beberapa aksesori pelengkap gaya yang dihasilkan pereka kreatif fesyen.
  • Busana tradisional seperti baju kurung, kebaya dan sebagainya memang tidak luput dek zaman. Selaras peredaran masa kini, rekaannya semakin dipelbagai dan diolah mengikut trend terkini bagi memenuhi citarasa pengguna.
  • Garapan gaya berseluar menjadi stail terkini di kalangan wanita. Suntikan stail maskulin yang dipamerkan dalam setiap rekaan menampakkan gaya sofistikated kepada si pemakai. Selain sesuai dipadankan pada waktu santai, penampilan berseluar juga amat sesuai digayakan untuk ke pejabat.
  • Siapa yang tidak kenal dengan pereka fesyen terkemuka, Jovian Mandagie. Rekaannya yang elegan dan trendy bukan hanya menarik perhatian ramai malah menjadi tumpuan kebanyakan selebriti terkenal tanah air. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan, Jovian melangkah setapak lagi ke hadapan dengan melancarkan Jovian Flagship Store yang pertama di Malaysia.
  • Penganjuran Festival Fesyen Islamik yang berlangsung setiap tahun pastinya menjadi platform terbaik buat pereka fesyen mengetengahkan gaya muslimah dan kontemporari dalam seni rekaan mereka. Walaupun terikat dengan gaya sopan dan menutup aurat, namun ia tidak menjadi halangan buat pereka yang terlibat untuk menghasilkan busana yang menawan.
  • Bermacam-macam cara yang dilakukan pereka fesyen tempatan mahupun antarabangsa bagi menarik perhatian pelanggan mengenai koleksi terbaru mereka. Ada yang menghias pentas peragaan dengan pelbagai props canggih dan terkini tidak kurang juga yang menggunakan aksesori yang sarat, besar dan luar biasa terhadap model terlibat.
  • Berita baik buat lelaki maskulin yang mencintai gaya sederhana. Rekaan terkini Giorgio Armani menggabungkan hamparan fabrik yang memiliki imej versatil nan sempurna. Garapan corak polos dan geometri nyata menjadi pilihan bagi koleksi ini.
  • Namanya sudah cukup gah dalam dunia solekan profesional terutama di kalangan orang kenamaan dan selebriti tempatan. Pun begitu, figura yang terkenal dengan nama Saidatulnisa ini terus memburu impian mengusahakan sebuah empayar perniagaan.
  • Pelbagai suntikan moden, young & chic dan kontemporari diselitkan dalam penghasilan busana daripada pereka tempatan sempena Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2013. Garapan elemen-elemen ini diperincikan dalam konsep baru ready-to-wear dalam usaha merealisasikan impian dunia fesyen tempatan sebaris industri fesyen antarabangsa. Pentas peragaan yang disediakan buat mereka menjadi medan terbaik untuk percikan semangat dan kreativiti melakar sepasang busana.
  • Hanya tinggal satu hari sahaja lagi menjelangnya Aidilfitri. Seisi keluarga pasti sedang sibuk dengan persiapan raya masing-masing. Tentunya perkara yang paling utama untuk menyambut lebaran adalah busana raya.
  • Dua pereka terkenal Azura Liyana dan Azwa Elena yang tertarik dengan keindahan hidupan laut marin menterjemahkan esensi hidupan laut tersebut dalam rekaan busana raya mereka.
  • Lebaran! Satu perayaan yang pasti ditunggu-tunggu. Tika inilah pereka fesyen tempatan giat mengarapkan kreativiti masing-masing dalam setiap rekaan bagi menghasilkan busana raya yang memenuhi selera fashionista.
  • Potongan baju kurung moden dan peplum mengikut susuk tubuh menjadi pilihan pereka terkenal, Nurita Harith sempena lebaran tahun ini. Kombinasi rona pastel yang dipadankan bagi busana tradisional ini tampak segar dan penuh keayuan.
  • Koleksi musim luruh sejuk 2013 jenama terkemuka dunia Valentino direka dengan penuh kesederhanaan. Namun, suntikan elemen mewah dan berstruktur menjadikan koleksi ini kelihatan berstail dan sesuai untuk acara rasmi mahupun santai.
  • Pelbagai himpunan koleksi jenama Cosry dipamerkan dalam NONA Edisi Ramadan Julai ini.
  • Masih belum memiliki NONA Edisi Ramadan Julai ini?
  • Rona putih sememangnya menjadi pilihan bakal pengantin. Di samping menggambarkan kesucian, pemilihan warna putih bagi rekaan Khoon Hooi seperti gaun di atas kelihatan begitu romantik dan classy.
  • Baju kurung polos berona putih ini amat sesuai digayakan wanita bertubuh langsing.
  • Tidak tahu di mana nak cari fesyen terbaru yang dikeluarkan setiap minggu? Jawapannya ada di Galeri Muslimah Zaya Skaf & Selendang yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
  • Berkualiti, berprestij dan mempunyai kelas tersendiri. Itulah identiti busana yang dihasilkan pereka fesyen terkemuka, Dato’ Radzuan Radziwill. 16 tahun bertahan dan mempelajari selok-belok industri fesyen, beliau akhirnya berjaya meletakkan empayar Radzuan Radziwill di kedudukan yang selesa dan menjadi ikon kepada pereka-pereka baru.
  • Pesona penuh drama! Menyaksikan koleksi yang dipersembahkan seumpama menerobos jauh ke dalam kotak fikiran pereka veteran, Vera Wang.
  • Mencari busana yang tepat buat si gadis Muslimah kini bukan lagi menjadi masalah, saban tahun kehadiran pereka Muslimah memeriahkan pentas peragaan dengan ideologi gaya masing-masing. Terbaru, sempena Minggu Fesyen Jakarta 2013, pereka muda Ria Miranda menghamparkan koleksi busana berlatarkan rona pastel yang sofistikated dan menawan.
  • Bunganya yang unik disifatkan menyerlahkan ciri wanita moden. Batang pokoknya yang kuat dan berdaya tahan pula ditafsirkan menyerupai asas seorang wanita. Sementara jangka hayat dan bentuk elegan kuntuman bunga ini menggambarkan ketahanan serta dorongan kewanitaan. Bersandarkan kepada keunikan itulah, bunga Orkid dijadikan sumber inspirasi dan diterjemahkan menerusi ciptaan busana terbaru pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.
  • Kemeriahan Anugerah Academy sememangnya ditunggu setiap tahun bukan hanya kepada peminat filem, malahan peminat fesyen juga. Karpet merah menjadi taruhan selebriti ternama untuk menyerlah. Siapa yang bakal berada dalam senarai ‘Best Dressed’ dan siapa pula bakal berada di senarai ‘Worst Dressed’.
  • Romantisnya sebuah perkahwinan antara dua jiwa, busana pengantin merupakan salah satu perkara yang diberi perhatian penting. Kebiasaannya rona putih menjadi lambang sesebuah penyatuan, namun mungkin anda boleh melangkah lebih berani dengan rona berbeza. Pereka busana perkahwinan terkemuka, Vera Wang mempersembahkan sebuah koleksi musim bunga 2013 yang cukup menambat mata.
INSTAGRAM


TWITTER
Kelab Safi Rania Gold
Isu Rumah Terbuka & Kemerdekaan, Nona mendekati insan 'from all walks of life' berkongsi kisah kebebasan. Miliki Nona Ogos 2017 sekarang.
PERSONALITI FESYEN CANTIK LIFESTYLE
Tetamu Tip Bual Cantik Dekor
Wanita Cemerlang Selebriti Makeover Destinasi
Galeri Ikon Fesyen Tip Solekan Resipi
Pentas Fesyen Nota Cantik Restoran Pilihan
Scene! Kesihatan+Pemakanan