Nama pereka fesyen ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Sentuhannya memang mempunyai kuasa dalam mengubah gaya pemakaian seseorang wanita moden yang suka berfesyen. Terbaru beliau mempersembahkan koleksi musim luruh 2017 yang diinspirasikan dari gaya ikonik 'Hollywood Golden Era'.

Menyerlahkan gaya glamor pada rekaan, perincian seperti bulu pelepah sekali lagi diserlahkan seolah-olah menjadi satu trademark bagi pereka ini (Dalam koleksi sebelum ini beliau turut menggunakan perincian bulu pelepah). Menarik tentang koleksi musim luruh ini, Khoon Hooi menyerlahkan satu aura gaya feminin menerusi rekaan blaus yang punya suntikan ekstravaganza seperti perincian ala ikatan riben besar dan juga suntikan batuan mewah namun tidak keterlaluan. Potongan skirt yang yang besar jelas sekali menyerlahkan gaya 'Hollywood Glamor', manakala teknik lisu pisau yang mana ia merupakan teknik lisu besar menjadi satu perletakan baru pada bahagian skirt dan juga lengan blaus.