#
CANTIK
KORSET
Kuasa Korset

Lindungi lebihan benjolan di perut dengan mengenakan korset. Kewujudan benjol-benjolan ini ketika menyarungkan pakaian ketat pasti menjejaskan keyakinan dan penampilan. Lebih-lebih lagi apabila  terpaksa mengenakan pakaian tersebut sebelum mampu melakukan senaman terlebih dahulu untuk mengurangkan ‘lebihan’ di bahagian terlibat. Penyelesaian paling cepat dan segera pastinya dengan memakai korset.

 

Namun, harus peka memilih korset yang sesuai dan tahu cara penggunaannya. Bukan apa, sebagai tanda berhati-hati agar ia tidak merosakkan lagi penampilan. Jadi bagi wanita yang berhasrat memakai korset, perkara berikut perlu difahami.

 

1)Jangan memaksa tubuh memakai korset yang tidak mengikut saiz badan sehingga menyesakkan nafas. Pasti akan membantutkan pergerakan selain menyebabkan berlakunya tekanan di bahagian yang salah. Apabila ia terjadi berkemungkinan mengakibatkan lemak di bahagian perut ‘berpindah’ ke bahagian lain misalnya tersembul di bahagian bawah lengan.

 

2)Pilih korset dari fabrik mudah lentur, punya aliran udara yang baik dan menyerap peluh. Korset seperti ini membolehkan pori-pori bernafas dan otot perut melentur mengikut gerakan tubuh.

 

3)Setiap orang mempunyai bentuk tubuh berbeza. Kerana itu, usah terpedaya dengan rekaan korset yang cantik namun tidak berfungsi dengan baik. Pilih pola (cutting) yang sesuai dengan bentuk tubuh.

 

4)Pemakaian korset ketika tidur tidak digalakkan kerana ia boleh mengganggu metabolisme tubuh. Pun begitu, terdapat korset yang telah diuji secara klinikal yang selesa dipakai dan mempercepatkan pembentukan tubuh impian.

@2012 Copyright of Grup Digital Karangkraf