#
CANTIK
wanita hamil
Bahaya Kencing Manis Ketika Hamil

Menghidap pelbagai gejala atau penyakit ketika hamil adalah lumrah bagi wanita yang bakal bergelar ibu. Penyakit kencing manis misalnya merupakan salah satu daripada penyakit yang boleh memudaratkan kesihatan si ibu dan juga bayi.

 

Masalah kencing manis sewaktu mengandung adalah serius. Menurut Dr Norintan Zainal Shah iaitu Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Columbia Asia Hospital, jika seseorang wanita mengalami kencing manis sebelum hamil, wanita tersebut harus memastikan tahap atau paras glukosa dalam darahnya terkawal. Paras glukosa boleh dikawal dengan amalan diet yang disarankan dan pengambilan ubatan buat pesakit kencing manis. Pencegahan ini penting bagi mengurangkan risiko negatif yang boleh menjejaskan wanita dan bayi yang dikandung.

 

Antara kesan yang mungkin berlaku kepada ibu:  

·         Keguguran

·         Tekanan darah tinggi

·         Jangkitan kuman

·         Kelahiran melalui pembedahan C-section

 

Kesan terhadap bayi dalam kandungan:

·         Kecacatan (paras glukosa yang tinggi menjadi toksin kepada janin yang sekaligus menyebabkan kecacatan jantung, saraf dan otak)

·         Bayi yang besar

·         Masalah shoulder dystocia ketika bayi dilahirkan

·         Masalah bayi mati dalam kandungan

 

Sebagai penutup kata, ibu-ibu yang merancang untuk hamil dinasihatkan agar menjalani pemeriksaan kesihatan. Jika anda disahkan menghidap kencing manis, maka anda perlu mengawal penyakit ini di paras yang baik agar tidak membahayakan nyawa.

@2012 Copyright of Grup Digital Karangkraf