Hiruk pikuk kota ada kalanya memberikan keresahan kepada kita. Ramai memilih untuk membeli-belah sebagai alasan meredakan stres tetapi lebih ramai yang gemar mencari tempat-tempat menarik untuk menikmati hidangan enak. Ya, Hotel Istana bukan sahaja tempat inapan sementara yang menjanjikan keselesaan tetapi sajian ala Eropah menanti anda di Urban, Hotel Istana.

 

Authentic western cuisine dari Urban cukup mengujakan. Bukan sahaja kreativiti yang diatur atas sepinggan hidangan tetapi nama hidangan yang cukup catchy, membuatkan anda terpanggil untuk membuat pesanan. Bertemu dengan lelaki di sebalik persembahan hidangan ini iaitu Cef Sharusmizal Salleh, setiap sajiannya perlu ada identiti.

 

“Setiap sajian yang dihidangkan di sini mempunyai daya kreativiti tersendiri. Bukan sahaja kelazatan sajian menjadi keutamaan tetapi persembahan hidangan juga perlu cantik agar dapat menarik perhatian pengunjung. Di Urban, kami hanya menggunakan produk mentah yang berkualiti tinggi dan diimport seperti dari Brazil, Australia dan Holland. Untuk hidangan daging misalnya, kami menyajikan daging berkualiti tinggi seperti daging Wagyu. Begitu juga hidangan makanan laut seperti udang kara dan tiram,” ujarnya.

 

Jika anda ke Urban, mulakan pilihan anda dengan pembuka selera seperti Escargot Garlic bakar, Game Ravioli atau Foie Gras yang benarbenar mengusik selera anda. Kemudian teruslah menerpa pada hidangan utama seperti Rosted Monkfish Trochon ke Angus Fillet Mignon sehingga anda sendiri khayal dengan keenakan rasanya yang tersendiri.

 

Selain itu, anda juga boleh memilih Sakura Chicken Cordon blue dan itik salai. Nikmati makan malam anda dengan aneka pilihan yang tertera pada buku menu. Semestinya anda tidak pulang kecewa kerana Cef Sharusmizal mempunyai banyak pengalaman dari dan luar negara termasuk Maldives, Perancis dan Bali. Beliau juga banyak menyertai pertandingan agar pengalaman itu dijadikan ilmu dalam bidang  sajian.

 

Tidak sama ertinya menghayati pembacaan dengan menikmati sendiri kelazatan sajian di Urban, Hotel Istana. Anda boleh berkunjung sendiri di sini dan melihat promosi yang diadakan. Untuk pengetahuan anda, hidangan pembuka selera cuma pada harga RM60 nett, RM95 nett untuk hidangan utama dan RM45 nett untuk pencuci mulut. Manakala Gourmet Specials cuma berharga RM168 nett. Walau bagaimanapun, 3 course dinner hanya berharga RM145 nett atau 3 course Gourmet Special hanya RM195 nett tiap seorang!