Nampaknya kita telah memasuki hari ke 21 dalam bulan Ramadan. Bulan mulia ini disambut meriah dengan penuh ukhwah dan juga usaha positif meningkatkan ibadah. Apabila bercakap soal Ramadan memang tidak sah kalau tidak mengaitkannya dengan acara buka puasa yang menjadi satu momen berkumpul bersama para keluarga dan juga sahabat handai tidak mengira kaum dan juga agama. Keindahan Ramadan dikongsikan bersama.'

Berbicara soal buka puasa, semestinya kita semua mahu menjamu selera yang sedap dan menarik. Baru-baru ini penulis sempat singgah di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur yang mengadakan 'Puttin On a Festive Feast' sempena dengan bulan puasa. Tiba sahaja di ruang The Cobalt Room, penulis sudah dijamu mata dengan susunan aneka juadah yang cukup menyelerakan. Bayanglah setiap resipi istimewa dari 13 negeri di Malaysia dijadikan 'bintang' sebagai jamuan kepada setiap tetamu yang hadir. Selain itu sebagai tambahan istimewa, terdapat juga makanan bercirikan masakan Arab disediakan.

Antara juadah yang menarik perhatian seperti Asam Pedas Ikan Tenggiri dari Melaka, Ikan Patin Masak Tempoyak dari Pahang, Laksa dari Kedah, Nasi Kerabu dari Terengganu, Rojak dari Pulau Pinang dan bermacam-macam lagi. Satu jenis kuih tradisi yang penulis gemari turut ada disediakan iaitu kuih Che Mek Molek yang merupakan resipi asli negeri Kelantan. Ada baki 10 hari lagi berpuasa mungkin anda boleh singgah di The Ritz-Carlton bersama sahabat handai atau ahli keluarga untuk berbuka puasa. sambil menjamu selera sambil mengeratkan hubungan. Dengan harga RM118 net untuk dewasa dan RM58 net untuk kanak-kanak ia cukup berpatutan dan tidak terlalu mahal.