Kedudukannya yang berada berdekatan Bukit Bintang dan pusat beli-belah popular seperti Berjaya Times Square, Lot 10, Plaza Low Yat dan Plaza Sungei Wang memudahkan para pengunjung untuk beriadah. Usah gusar dengan keadaan trafik yang agak sesak kerana anda juga punya alternatif lain untuk ke sini dengan menaiki pengangkutan awam seperti di Stesen Monorel Imbi. Hanya lima minit berjalan kaki sahaja anda akan sampai di kawasan segi tiga emas ini.

 

Bagi mereka yang mengimpikan suasana sempurna untuk beristirehat, menenangkan fikiran serta meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga dalam suasana yang selesa, manjakan selera dengan sajian manis di Cinnamon Lounge. Dekorasi moden yang diterjemahkan dalam hiasan kafe ini cukup indah dengan penataan bunga-bunga segar yang diletakkan di setiap meja. Tampak lebih romantik dan tenang untuk menjamu selera di samping yang tersayang.

 

Terdapat pelbagai sajian pencuci mulut dihidangkan di Cinnamon Lounge. Nikmatilah lapisan kek lazat pelbagai perisa dan sajian pencuci mulut yang enak daripada chef berbakat Furama Bukit Bintang. Lapisan kek lazat pelbagai perisa dan hidangan tart buah-buahan serta berbagaibagai lagi hidangan pencuci mulut lain ada di sini. Keenakan pencuci mulut ini pasti memberikan rasa yang mengasyikkan saat kemanisan menerjah deria rasa anda.

 

Kesibukan kota dan kerunsingan memikirkan soal kerja pasti ada jalan ketenangannya. Singgah ke Spices @ Furama dan luangkan masa dengan lebih berkualiti bagi melepaskan tekanan yang sedia ada. Kepada mereka yang mencintai masakan Asia, restoran Spices @ Furama ada menawarkan pelbagai jenis masakan Asia dan antarabangsa yang cukup mengujakan deria rasa anda.

 

Perlukan privasi? Usah gusar. Kepada mereka yang sukakan privasi atau terfikir untuk mengadakan majlis makan peribadi dan intim, restoran ini menyediakan ruangan makan peribadi lebih eksklusif untuk keselesaan yang diimpikan. Spices @ Furama dibuka setiap hari 6:30 petang sehingga 11:00 malam.