Daya tarikan yang ada pada Majestic Hotel cukup untuk melambai-lambai anda menembusi bangunan. Baik untuk penginapan mahupun hanya untuk menikmati sajian di sini, anda pasti teruja. Pilihan Nona
kali ini adalah untuk mengetengahkan keistimewaan tiga kunjungan utama untuk menikmati hidangan iaitu Contango, Colonial Café dan The Tea Lounge. Persembahan sajian adalah keutamaan, lebih penting lagi adalah keindahan dekorasi yang bisa membuat anda berada di sini berjam-jam lamanya.
 
CONTANGO, COFFEE HOUSE
Hanya berada berdekatan lobi utama, Contango menawarkan biasan hidangan bufet dan ala carte buat pengunjung. Ruang luas di Contango diberi penelitian dari segi perincian dalam dekorasinya, menggamit pemandangan mata. Terletak di Tower Wing, Contango menghembuskan perasaan lebih kontemporari dengan konsep dapur terbuka. Menurut Eksekutif Chef, Mohammad Al Kunhi, Contango menawarkan sajian hidangan yang bukan sahaja lazat malah menambah kesan kenikmatan yang lebih tinggi. Setiap bahan digunakan dalam menghasilkan sesuatu masakan datang dari bahan segar. Baik dari segi pilihan selera Asia, Jepun dan Barat termasuk masakan Itali dan Churrasco Grill kesemuanya dititipkan dengan sentuhan kelazatan istimewa.
 
COLONIAL CAFE
Keterujaan menjelajah Majestic Hotel Kuala Lumpur terus memuncak. Langkah kaki seakan tidak terhenti menikmati suasana keindahan dan mood di The Tea Lounge. Suntikan mewah pada dekorasi dan penggunaan perabot seolah-olah membawa anda hanyut dalam ruang eksklusif. Menikmati kopi bersama teman dan perbincangan perniagaan selesa diadakan di sini.