Bawa ahli keluarga mahupun sahabat handai anda menikmati keselesaan dan ketenangan di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Sebagai meraikan kedatangan Ramadan, pihak hotel menyediakan pelbagai promosi dan hidangan berbuka puasa dari dapur Essence.

 

Diskaun 45% bakal diterima pengunjung yang datang bersama 4 atau 10 pengunjung lain dan mengesahkan tempahan mereka sebelum 5 Julai depan. Rebat tersebut boleh dinikmati sama ada pada 12 Julai 2013 hingga 15 Julai 2013. Tetamu hotel yang menginap di sini pada bulan Ramadan juga layak mendapat diskaun 30% apabila menikmati bufet Ramadan di Essence.

 

Promosi sempena Ramadan terus dilanjutkan kepada tawaran pakej eksklusif, Ramadan Room Package. Menerusi pakej ini, pengunjung bakal memperoleh 50% potongan harga di semua restoran, katil rollaway dan hidangan kanak-kanak secara percuma. Tempahan boleh dibuat dan digunakan dari 1 hingga 31 Julai 2013. Harga bermula dari RM328++ setiap bilik untuk satu malam dengan terma dan syarat tertentu.