Lupakan seketika keenakan makanan Itali seperti piza atau pasta yang biasa anda nikmati kerana di Favola, Le Meridien Kuala Lumpur anda akan dihidangkan dengan pelbagai juadah Itali yang enak dan menyelerakan!

 

Walaupun berada di kota metropolitan Kuala Lumpur, masakan tradisi yang disajikan di Favola sudah cukup untuk membuai anda seolah-olah berada di kota cinta Itali. Hidangan laut dan risotto misalnya menjadi menu utama dalam masakan Itali yang turut ditawarkan di restoran yang berdekorasikan suasana romantik negara Itali.

 

Restoran mewah yang terletak di tingkat 8 bangunan Le Meridien Kuala Lumpur ini menghidangkan lebih 60 jenis masakan istimewa Itali antaranya Risotto Nero iaitu hidangan sotong bersama udang kara di‚Äôsaute, broccolini, lemon dan tomato ceri, Conchiglioni Marinara al Cartoccio; pasta makanan laut yang dibakar bersama sos dan sajian pencuci mulut bercitarasa moden, Illy serta Cassata yang dibuat dengan kemewahan rasa ais krim Haagen Dazs vanilla, strawberi dan kacang pistachio.