Hujung minggu yang panjang ini adalah waktu ideal untuk membawa keluarga berbuka puasa di luar. Jika tercari-cari tawaran menarik, dua hotel lima bintang di bawah menyajikan pilihan iftar terbaik pada harga mampu bayar.

SELERA KAMPUNGKU DI PARKROYAL KUALA LUMPUR

Jom berbuka puasa dengan pelbagai hidangan tradisi di Chatz Brasserie, Parkroyal Kuala Lumpur. Sajian bufet Ramadan di sini menghimpunkan lebih 30 juadah iftar berbeza setiap hari antaranya hidangan istimewa kerabu, ikan panggang, kambing golek, Ayam Percik Iftar dan kuih-muih tradisional.  

Salah satu sudut sajian yang bakal menambat selera anda tatkala berbuka puasa di Parkroyal Kuala Lumpur adalah di bahagian kerabu. Ia menampilkan kepelbagaian sayur-sayuran seperti Pasembor Berlauk with Peanut Gravy, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Ayam Daun Kesom dan Kerabu Jantung Pisang. Turut tidak ketinggalan, ulam-ulaman daun selom pucuk ubi, Nangka Muda, Pucuk Pegaga, Ulam Raja termasuk Paru Goreng Sambal, Hati Goreng Kicap, Sambal Tempe Berkentang, Lemang, Ketupat Palas dan Serunding.  

Penuhi cita rasa Melayu dan tempatan, intai seleksi makanan utama yang ditawarkan seperti Ayam Kampung Panggang Pucuk Ubi, Ikan Duri Masak Berlada, Rendang Rusa, Ayam Kuzi, Gulai Siput Batang Keladi, Udang Lemak Belimbing, Rendang Kuning Daging, Asam Pedas Tetel Melaka, Daging Bahmia, Ayam Masak Lengkuas dan Tenggiri Tempoyak Ala Perak. Juga,  roti canai, martabak dan capati yang dihasilkan segar bersama sayur dalca dan kari ayam.

Sebagai kelainan untuk berbuka puasa, anda juga boleh menikmati pelbagai sajian mi. Antaranya, mi rebus, asam laksa, laksa Johor dan mi udang yang dihidangkan di Famous Noodles Station.

SEINDAH RAMADAN DI PALACE OF THE GOLDEN HORSES

Meraikan keseronokan berbuka puasa dengan rakan-rakan dan keluarga, mungkin destinasi Carousel International Coffeehouse di Palace of The Golden Horses ini boleh dipertimbangkan. Bertemakan ‘Seindah Ramadan’, ayuh manjakan selera dengan lebih 150 pilihan makanan, termasuklah menu popular Gulai Kawah dan Sup Gearbox, selain Kambing Panggang yang lazat.

Sebanyak 7 gerai didirikan dengan tambahan 5 stesen makanan untuk tambahan menu Timur Tengah serta hidangan Asia. Untuk permulaan, berbukalah dengan aneka pencuci mulut dan salad termasuklah Ayam Dara Goreng Berkunyit, Paru Goreng Berlada, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Acar Betik Muda, Udang Goreng Berempah, Ulam-ulaman Melayu, Acar Rampai dan Acar Buah.

Diikuti dengan highlight di meja bufet utama iaitu Daging Unta Panggang, Kambing Panggang, Skewer Daging, Laksa Johor, Mi Udang Pulau Pinang, Laici Goreng dan Cendol. Tidak ketinggalan, ada juga buah durian, manggis, rambutan dan langsat segar untuk dinikmati. Akhir sekali, jangan lupa mencedok Puding, Pengat Pisang Bersagu, Koktel Buah-buahan, Serawa Durian serta pelbagai biskut raya.

Terdapat pakej promosi Ramadan yang ditawarkan iaitu RM78 nett untuk kanak-kanak serta warga emas untuk sepanjang bulan ini. Manakala dewasa dikenakan harga RM108-RM128 nett. Sambil makan-makan, anda juga dihiburkan dengan persembahan muzikal ghazal dan tradisional yang mengiringi waktu berbuka.