Sempena kedatangan Ramadan, bawalah keluarga anda menjamu selera di Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur. Terdapat lebih dua restoran di hotel bertaraf lima bintang ini antaranya Warisan Café, Bunga Emas Restaurant, L’Heritage French Cuisine dan Tai Ping Chinese Cuisine.

 

Nikmati hampir 999 juadah berbuka bertemakan Kampungku, Negeriku, hidangan dari 13 negeri disediakan buat anda di Warisan Café. Antara sajian yang ditawarkan seperti kambing bakar lada hitam, kambing golek bersama beriani Pak Arab, aneka sup bersama roti Benggali, roti tempayan dan banyak lagi. Kehijauan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan pelbagai warna yang menyerikan Taman Mahsuri di Warisan Café ini membawa anda seolah-olah berada di kampung halaman.

 

Segera dapatkan harga promosi untuk pembelian pada 6 Julai hingga 7 Ogos 2013 dengan harga RM108.00++ iaitu RM125.30 seorang. Bagi setiap 10 pembelian, anda akan dihadiahkan 1 baucar percuma. Anda juga berpeluang merebut baucar serendah RM90 seorang  pada tarikh 8 hingga 13 Julai dan 3 hingga 7 Ogos 2013. Hargai keluarga anda dan bawalah mereka menjamu selera di sini.