Bagi anda yang tinggal berdekatan Bangsar dan mencari medan selera menarik untuk beriftar bersama yang tersayang, nikmati kepelbagaian juadah berbuka yang disediakan di V E Hotel & Residence (VE Bangsar South). Bertempat di restoran V E Hotel & Residence, sajian bertemakan ‘Straits & Arabian Bazaar’ ini disediakan Executive Sous Chef Unaver Unavia yang berasal dari Sabah.

 

 

Sebagai pembuka selera, para pelanggan dijamu dengan himpunan manisan Arab dan tempatan seperti Hummus, Babaganoush, Moutabel, Salad Fattoush, Kerabu Pucuk Paku dengan Udang Kering serta Serunding Ayam dan Daging. Lanjutkan pengalaman berbuka di V E Hotel & Residence dengan mencuba hidangan utama Arab yang padat dengan aroma seperti Lamb Shank Tagine, Ouzi Kambung, Kebab, Shawarma Ayam dan Sup Harira yang berkhasiat.

 

 

Penyediaan masakan tempatan seperti Kambing dan Ayam Golek, Kari Kawah Kepala Ikan Ala Melaka, Ayam Percik Terengganu dan bermacam-macam jenis lauk ikan turut tidak mengecewakan. Antaranya, Ikan Tenggiri Bakar, Ikan Pari, Ikan Tongkol, Ikan Cencaru dan sebagainya. Tidak ketinggalan juadah pemanis mulut yang ternyata menambat selera anda!

 

 

Kunjungan anda ke V E Hotel & Residence sempena Ramadan ini tidak akan lengkap tanpa merasai kelazatan pastri Tat Laici Rangup, Kek Mousse Strawberi, Bubur Serawa Nangka, Pengat Pisang termasuk aneka kuih-muih tradisional Melayu lain.

 

 

Pastikan anda tidak terlepas promosi ‘Straits & Arabian Bazaar’ yang berlangsung di V E Hotel & Residence mulai 29 Mei hingga 5 Jun ini. Sempena promosi Earlu Bird, anda hanya perlu membayar RM98 seorang berbanding RM128 bagi golongan dewasa. Lebih istimewa, pelanggan yang datang secara berkumpulan atau membawa seisi keluarga seramai 10 orang layak mengambil Set Muhibba Dome yang bernilai RM1,288 semeja.

 

 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi 03-2246 2888 atau http://www.vehotel.com/