Kemewahan aneka juadah dan suasana indah tatkala menjamu selera di ruang makan, Charcoal nyata tidak menghampakan sebaik anda menikmati kepelbagaian cita rasa klasik, Barat dan Jepun yang disediakan barisan cef berpengalaman diketuai Executive Chef, Cef Tang Chee Keong dan Executive Sous Chef, Cef Hussian Bavutty.

Kempen promosi yang bermula pada 26 Mei ini akan berakhir 24 Jun 2017 dengan matlamat menjadikan Ramadan sebagai masa berkumpul bersama keluarga mahupun kenalan rapat sempena bulan keberkatan ini.

Berkonsepkan ‘Menikmati Aneka Juadah di Saujana’, para pelanggan bakal dihidangkan dengan resipi klasik Kampung dan Nyonya seperti Rusa Berempah, Sup Gear Box, Whole Roasted Lamb Percik, Itik Kukus Rendang Cili Padi, Lempeng Nyonya dan Nyonya Kari. Pilihan menu sushi, sashimi, Lok Lok dan Yong Tau Foo turut ditawarkan kepada pelanggan yang berorientasikan selera Jepun.

Lengkapkan sajian berbuka dengan sajian pencuci mulut dan manisan seperti Nyonya Kuih-Muih, Apam Balik dan Dondurma iaitu ais krim tradisional Turki yang dihidang bersama crepe berinti buah nangka dan cempedak. Bayaran RM175 dikenakan bagi orang dewasa dan potongan separuh harga untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun manakala kanak-kanak di bawah 6 tahun tidak dikenakan bayaran.

Promosi ini turut memberikan diskaun 20 peratus kepada pemegang Kad Kredit Maybank dan Citibank yang juga ahli Lifestyle by Saujana (LBS). Malah, Corporate Banquet Packages untuk penganjuran majlis berbuka atau Hari Raya hanya mengenakan bayaran RM155 setiap seorang untuk 40 orang dan ke atas. Layari laman sesawang dine@thesaujana.com atau hubungi 03-78431234  untuk tempahan dan maklumat lanjut.  

Istimewanya Ramadan ini Nona turut memberi peluang kepada pembaca setia kami untuk memenangi baucar berbuka puasa di sini dengan menghantar borang peraduan yang lengkap dalam Majalah Nona Jun 2017! Jadi, dapatkan naskhah eksklusif ini di pasaran.