SINGAPOREAN PRAWN WITH QUAIL EGG / UDANG SINGAPURA BERSAMA TELUR PUYOH

 
Bahan-Bahan:
100gm udang kertas
2 sudu besar mentega
4 biji cili padi
1 tangkai daun kari
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan oat kering
1 biji telur burung puyuh, direbus
1/4 biji avokado
Garam dan gula secukup rasa
 
Cara Membuat:
 
1. Udang disalut telur dan digaul bersama campuran tepung jagung dan susu tepung.
2. Goreng udang dan ketepikan untuk tos minyak.
3. Cairkan mentega dan masukkan daun kari dan cili hijau yang telah dihiris halus.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5. Kemudian, masukkan udang yang sudah digoreng dan gaul bersama oat kering.
6. Pastikan oat masih garing sewaktu dihidangkan.
 
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan resepi Dato' Fazley dalam Majalah Nona edisi November ...