Berita baik buat para ibu, wanita yang bakal bergelar isteri dan lelaki bujang menjelang Ramadan ini. Risau kekeringan idea untuk menyediakan sajian berbuka selama sebulan? Singkirkan kekalutan tersebut kerana Nona edisi Ramadan kali ini menghidangkan 60 jenis resipi berbuka puasa yang menyihatkan.

 

Antaranya Crystalline Kunafah, Tahini Baked Fish, Gulai Kambing Mangga Muda, Nasi Kunyit dengan Kekacang dan Buah-buahan kering, Kek Krima Susu, Capati Bayam, Persian Chicken With Walnut Sauce, Asam Pedas Batang Keladi dan Gulai Daging Cencang Rebung Utara.

 

Tawanlah ahli keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai anda dengan mempelajari masakan cef selebriti terkenal dan cef hotel 5 bintang seperti Cef Sherson Lian, Cef Zubir dari Hotel Le Meridien, Rubiah Suparman dari Restoran Puteri, Cef Fahdrul Abd Malek dari Hotel The Westin Kuala Lumpur dan Cef Shahrum dari Hotel Prince Kuala Lumpur. Jadikan masakan anda sehebat masakan mereka yang menyelerakan dan berkhasiat!