Jangan pernah memandang rendah mengenai kekurangan orang lain. Siapa tahu esok lusa mereka akan menjadi lebih berjaya dari anda. Bercakap soal keyakinan diri, model terkenal Winnie Harlow tahu bagaimana perasaan apabila selalu diejek akibat kekurangan yang ada pada dirinya. Dia yang menghidap penyakit Vitiligo, yang mana ia merupakan keadaan sebahagian kulitnya hilang warna menyebabkan kulit kelihatan bertompok-tompok bangkit dari kemurungan dan cuba membuktikan bahawa kecantikan adalah lebih dari sekadar berkulit sempurna.

Whitney yang kini berusia 23 tahun mula menjadi perhatian apabila dia menyertai rancangan realiti TV America's Next Top Model siri ke-21 pada tahun 2014. Biarpun dia tidak berjaya bergelar juara, nampaknya tuahnya di dalam bidang fesyen lebih baik berbanding sang juara. Dengan ketinggian 175cm dan memiliki pengikut diinstagram seramai 2.3 juta, dia menjadi pilihan banyak jenama fesyen. Antara yang pernah menggunakan khidmatnya seperti Coach 1941, Desigual, Ashish, H&M, Phillip Plein dan banyak lagi. Jom kita lihat antara gambar-gambar hasil kerjanya yang ternyata berbaloi setelah melalui fasa yang menyakitkan ketika dibuli akibat kekurangan dirinya.

Berjalan untuk jenama Coach 1941 FW2017

Berjalan untuk jenama H&M SS2017

Menghiasi muka hadapan majalah fesyen terkenal

Dipilih untuk menghiasi kempen fesyen jenama Swarovski & Diesel.

Selain aktif dalam dunia fesyen, model yang berasal dari Kanada ini kerap menjadi speaker untuk menyebarkan kesedaran mengenai penyakit Vitiligo yang dihadapi. Jom kita lihat videonya ketika berucap di konferen TED.