Kajian menunjukkan bahawa kadar minimum suami isteri melakukan hubungan intim ialah 1-2 kali dalam seminggu. Namun, terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa 20% pasangan berkahwin tidak berhubungan intim sama sekali dalam sebulan.

Sementara itu, perkahwinan yang hanya diisi dengan hubungan intim sebanyak 10 kali dalam setahun sudah boleh dikategorikan sebagai perkahwinan tanpa seks. Justeru, bagaimana caranya untuk mengetahui tanda-tanda keinginan seksual anda semakin hambar? Semak 7 tanda-tanda berikut.

(a) Enggan Bicara Soal Seks Dengan Pasangan

Anda merasa tidak selesa saat bercakap tentang seks dengan pasangan. Jadi seharusnya anda fikirkan sesuatu untuk ‘keluar’ daripada rasa tidak tenang itu. Buang jauh-jauh rasa takut menyakiti pasangan dan berfikiran negatif. Lakukan ini demi kehidupan seks yang sihat dalam perkahwinan anda.   

(b) Seks Sebagai Hukuman

Anda tidak mahu berhubungan kerana suami baru sahaja berbuat salah. Nah, jangan pernah menjadikan seks sebagai bentuk hukuman dengan pasangan. Tindakan ini sangat manipulatif dan boleh menimbulkan kebencian seterusnya memicu masalah yang lebih besar lagi. Seks dalam perkahwinan seharusnya sesuatu yang indah. Jangan jadikannya sebagai cara untuk mengendalikan pasangan anda.

(c) Diam-diam Menonton Pornografi

Banyak pasangan yang menganggap bahawa menonton pornografi dapat menyelamatkan kehidupan seks mereka. Inilah yang tidak mereka sedari kerana ia hanya membawa mereka kepada perkahwinan tanpa seks.

Kajian menunjukkan bahawa pornografi boleh menyebabkan rasa tidak puas dengan kehidupan seks sebenar. Semakin kerap seseorang itu menonton pornografi maka otaknya akan semakin beranggapan bahawa ia lebih puas dengan apa yang dilihatnya berbanding seks bersama pasangan. Lebih parah jika ia menjejaskan ereksi sehingga anda tidak mampu lagi berhubungan intim.

(d) Merasa Tidak Cukup Tertarik

Mungkin anda tidak mempunyai banyak masa untuk merawat diri antaranya sibuk menguruskan anak-anak. Setiap pasangan harus saling menyokong antara satu sama lain. Tanamkan rasa percaya dalam diri anda dan ingatlah betapa hebatnya anda.   

(e) Berhubungan Intim Hanya Pada Momen Istimewa

Mungkin kini anda hanya berhubungan intim pada waktu-waktu tertentu. Sedarlah bahawa semakin kerap anda berhubungan intim maka semakin anda ingin melakukannya. Begitu jugalah sebaliknya. Ini disebabkan oleh keinginan berhubungan intim berasal dari hormon seks dalam tubuh. Ketika tidak aktif secara seksual, produksi hormon seks akan semakin sedikit.

Bagi mencegah kehidupan perkahwinan tanpa hubungan intim, anda perlu merancang jadual hubungan intim bersama pasangan. Tentunya dengan frekuensi yang lebih tinggi!

(f) Tiada Kesetiaan

Kerana pasangan telah mengkhianati anda, maka tiada lagi rasa 'ingin' terhadapnya. Pasti ia memerlukan waktu untuk menjernihkan semula keadaan. Tetapi, jangan sampai anda terfikir untuk membalasnya. Sekalipun tidak curang, berdandan untuk menarik perhatian selain pasangan anda sudah dikira sebagai pengkhianatan.

(g) Tiada Waktu Privasi Untuk Berduaan

Jika anda dan pasangan tidak mempunyai waktu untuk berduaan, maka begitulah juga waktu untuk berhubungan intim. Mungkin anda harus berfikir lebih kreatif untuk mencari waktu berduaan. Jika privasi dengan pasangan tidak menjadi salah satu keutamaan anda dalam rumahtangga, kemungkinan anda sedang menuju ke arah kehidupan perkahwinan tanpa seks.