Jangan berbohong pada anak lelaki anda dengan pujukan kata-kata ini! Itu amaran Pakar Keluarga & Kasih Sayang, Ibu Rose atau Dr. Rozieta Shaary pada semua ibu bapa sekarang.

Kata beliau lagi, tangisan adalah cara anak memberitahu ketidakpuasan hatinya dengan kita. Air mata itu adalah tanda komunikasi dari hati mereka. "Bila anak mengangis begitu kuat atau meraung, kita boleh minta dia kurangkan kadar suaranya. Kita boleh minta dia berhenti menangis. Namun janganlah kaitkan dengan sama ada dia baik atau jahat.

Kerana ini amat mengelirukan anak itu.

Bagaimana jika terjadi suatu hari nanti, dia terlihat anda menangis, adakah itu bermaksud anda tidak baik? Pertama mengapa Ibu Rose tidak menggalakkan anda mengatakan kata-kata begini kerana ia sesuatu yang amat mengelirukan anak-anak kita.

Bayangkan bila anda sering mengatakan kata-kata begini, cuba suatu hari kita bercerita kepada anak kita tentang seorang yang kita kagumi contohnya sirah Nabi Muhammad SAW.

Cerita semasa baginda kecil, semasa kematian ibu dan datuk baginda dan baginda menangis. Inilah di antara contoh yang boleh mengelirukan anak kecil kita. Kita kata Nabi itu baik tapi kenapa baginda menangis?"

Tambah Ibu Rose lagi, kata-kata yang berulang akan menjadi satu kepercayaan. "Betul, sebab ia akan masuk ke belief system anak itu. Bila ini terjadi akan ada dua kemungkinan.

Satu, kerana dia perlu menangis dan juga kuat menangis, maka dia mestilah bad boy. Itu satu kepercayaan yang mungkin dia akan ambil tanpa kita berniat untuk itu terjadi. Kedua, sebab mahu pastikan dia good boy, dia pendam rasa sedih atau sakit. Dia pendam perasaannya. Kerana dia tidak hargai perasaannya, maka lama-lama dia lupa untuk berperasaan.

Jadi bila sudah besar, dia tidak tahu untuk menyatakan sedih dan tidak berani untuk menangis. Masalahnya, bukan itu sahaja perasaan yang dia tidak mampu zahirkan."

3 Cara Tangani Anak Menangis

  1. Tanya dengan ikhlas apa yang menyebabkan dia menangis. Jika dia tidak tahu, bolehlah beri ‘menu list’ sebab.
  2. Bila sudah tahu, barulah ‘offer’ bantuan.
  3. “Kalau mama peluk okay tak? atau nak mama duduk dekat abang jer?”

Kisah Anak Bongsu Ibu

Semasa anak Ibu yang bongsu tu masih kecil, bila dia letih, demam atau sedih dia akan menangis. Dan bila Ibu tanya memang dia tidak boleh memberitahu. Jadi Ibu akan katakan kepadanya, “Fia boleh merengek pada mummy, merengeklah, mummy peluk Fia. Fia tak perlu menangis kuat sebab, I am here and I love you”.

Sekarang ni dia sudah 20 tahun.

Dia bercerita kembali kepada Ibu bahawa ia sangat membantu dia mengendalikan perasaannya pada masa itu, bila Ibu izinkan dia mengeluarkan frustration dengan cara merengek. Sebenar tidaklah susah sangat kita hendak menenangkan anak-anak kita.

Yang penting kita jangan suka sangat melabelkan anak kita itu dengan nama-nama yang akan menjadi identiti yang tidak membantu dia dan kita langsung. Contohnya, memanggil anak kita cengeng. Ingat ya, kata-kata kita boleh menjadi doa yang tidak kita sengajakan.

Seperti yang Ibu katakan bahawa kesabaran memerlukan skil mengendalikan state kita. Dan untuk kita boleh mengendalikan state kita, kita perlu ada skil dan ilmu.

Sumber: IbuRose