Solekan yang betul bukan hanya membuatkan wajah anda kelihatan menawan. Bahkan, melalui solekan juga dapat menutupi bahagian yang kurang menyakinkan bagi segelintir wanita. Perhebatkan lagi teknik solekan anda agar penampilan lebih berani dan yakin.

 

Jika mata anda cenderung turun, naikkan atau angkat dahulu garis mata dengan menggaris penggaris mata agak panjang ke atas.

 

Aplikasikan penggaris mata secara nipis dari arah dalam mata dan semakin tebal hingga ke hujung. Perhatikan, bagi anda yang berkaca mata sebaiknya gariskan penggaris mata tak terlalu ke hujung. Cukup sekadar daripada titik mulai pertumbuhan bulu mata.

 

Tambahkan bedak dengan warna satu ton lebih terang di bahagian zon-T untuk efek wajah yang lebih panjang dan tirus. Bahagian zon-T yang lebih gelap atau kurang terang pada sisi wajah akan membuat bahagian depan wajah nampak berat.

 

Bingkai 1/3 bahagian garis bawah mata (mulai hujung luar) dengan warna hitam untuk lebih menonjol. Anda juga boleh mengganti garis bawah mata dengan pembayang mata (sebagai penggaris mata di bahagian hujung) berwarna sama atau senada dengan warna busana yang dikenakan.