Kalau sebelum ini anda memerlukan satu hingga satu setengah jam untuk berdandan, kini kami kongsikan tip solekan yang cepat dan anggun dalam masa 1 minit sahaja.

· Samarkan ketidaksempurnaan wajah dengan penyamar noda yang mengandungi SPF 30 bagi melindungi wajah dari bahaya sinar UV dan kalis air.

·  Ciptakan solekan yang tampak halus dan tahan lama dengan paduan bedak dan foundation.

·  Aplikasi pembayang mata krim dengan warna yang berpigmen tinggi dan bertekstur halus serta water resistant.

·  Sempurnakan dengan layangan pemerah pipi di bahagian buah pipi untuk menyuntik kemanisan pada wajah.

·  Sapukan lipstik berwarna lembut agar tampak neutral. Kemudian, oleskan juga pengilat bibir sebagai pelengkap solekan anda.

Usah ragu-ragu mengenakan solekan tersebut. Lebih nipis solekan anda, lebih selesa anda berhadapan dengan orang ramai.