Saat melangkah masuk menuju ke pelaminan, bukan busana sahaja yang diberi tumpuan. Sebaliknya, solekan yang dirias pada wajah turut menjadi tarikan buat para tetamu untuk menatap seri wajah anda. Justeru, bagi memastikan lakaran pada wajah kelihatan semula jadi dan menawan, beberapa tip berikut perlua diambil kira.

 

BELAJAR SHADING & HIGHLIGHT

Bantuan shading dan highlight mampu menyamarkan dan menonjolkan kelebihan pada wajah.

 

SHADING PIPI

Teknik pada bahagian boleh diaplikasi pada pemilik wajah chubby agar terlihat lebih tirus. Perhatikan bentuk dan posisi tulang pipi sebelum melakukan shading pada bahagian ini.

 

Gunakan pembayang mata dengan warna tiga tingkat lebih gelap daripada warna kulit wajah. Cara aplikasinya, bergantung pada bentuk wajah anda.

 

Bagi yang berwajah bulat, aplikasikan berus dari atas ke bawah mulai dari bawah telinga ke arah dagu. Untuk si wajah panjang, aplikasikan hingga ke pipi. Lalu tambahkan pemerah pipi supaya wajah terlihat lebih segar.

 

SHADING SUDUT MATA

Teknik ini memberi impak mata terlihat lebih dramatis, tegas dan cantik. Pilihlah pembayang mata warna coklat tua untuk pemilik kulit agak gelap atau hitam dan kelabu bagi pemilik kulit terang. Cukup sapukan berus yang sesuai pada bahagian sudut mata anda.