Bibir penuh struktur atau 'sculpted' menjadi esensi di dunia solekan terutamanya di pertunjukan fesyen dan 'backstage'. Semuanya tentang penstrukturan semula wajah dengan menggunakan teknik 'highlighting' dan 'contouring' bagi mencipta definisi.

Berinspirasikan gelombang penuh segar dari solekan pentas peragaan dunia, Scuplt menekankan bibir penuh struktur dan definisi dengan keluaran terkini resolusi tinggi warna bibir yang matte dari jenama solekan Lakme - Lakme Absolute Sculpt Studio Hi-Definition Matte Lipstick.
 

 

Memberi Illuminasi

Koleksi gincu terkini ini didatangkan dengan palet warna yang penuh dengan rona plum, merah pekat dan merah jambu yang feminis yang bakal memberi bibir anda struktur yang menawan. Kadar pigmentasi yang tinggi dan ekspresi dimensi yang tinggi bakal membantu membentuk bibir anda dengan lebih baik.

Kuasa Tahan Lama

Keluaran ini menjanjikan kuasa untuk bertahan hanya dengan satu sapuan seperti yang disyorkan oleh pakar solek dari Lakme.

Stail Bak Bintang Bollywood
 

Bak kata bintang Bollywood terkenal yang juga model untuk Lakme Kareena Kapoor, "Lakme Absolute Sculpt adalah segalanya tentang bibir yang matte penuh ultra-dimensi. Walaupun dengan tekstur matte yang berresolusi tinggi, anda tetap akan menikmati rona yang menyerlah dan kaya. Ia bakal memberi gaya yang penuh 'edgy' dan 'chic'."

Langkah Aplikasi

Hanya TIGA langkah mudah untuk mendapatkan bibir matte penuh HD:

Langkah 1 - Mulakan aplikasi di tengah-tengah bibir atas anda.

Langkah 2 - Oleskan gincu ke arah hujung bibir, mengikut lekuk bibir anda.

Langkah 3 - Penuhi bibir bawah bermula dari tengah bibir seterusnya ke hujung kedua-dua hujung.


*Hanya satu olesan diperlukan untuk mendapatkan bibir matte sempurna 'Sculpted' walaupun dari jarak dekat!

 

 

Lakme Absolute Sculpt Studio Hi-Definition Matte Lipstick datang dalam 12 rona penuh versatil dengan harga RM39.90. Boleh didapati di outlet Gurdian yang terpilih di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lakme di http://www.lakmeindia.com/ atau likes Lakme Malaysia di Facebook (http://www.facebook.com/mylakme).