Beli mahal rupanya barang fake atau tiruan. Bukan saja rugi wang tapi wajah mungkin jadi mangsa kerana sudah tentu kandungan produk kosmetik tiruan ini tidak dijamin keselamatannya.

Untuk mengelakkan terbeli barangan tiruan ini berikut adalah tip yang perlu anda perhatikan.

1. Hanya beli di premis yang disenaraikan

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.593927.1480672577!/image/image.jpg

Beli barang kosmetik berjenama pilihan anda hanya di kaunter dan premis yang disahkan. Rajinkan diri membuka laman web pengeluar untuk memastikannya.

2. Perhatikan kemasan

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.593928.1480672612!/image/image.jpg

Ada produk kosmetik tiruan yang kelihatan sama saling tak tumpah dengan yang asli. Satu cara untuk memastikannya adalah dengan membandingkannya dengan kemasan asli. Sebelum membeli ambil dulu gambar produk asli, lebih elok bawa sekali produk tersebut. Memang ada kelainan pada warna, saiz, tulisan malah berat produk yang boleh dibezakan ketika anda memegangnya.

3. Periksa barcode, nombor siri dan maklumat pengeluar

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.593934.1480672798!/image/image.jpg

Sekiranya produk tersebut adalah tiruan nombor kedua atau ketiga pada barcode tidak sama dengan nombor pada kemasan ataupun pada produk itu sendiri.  Nombor siri produk tiruan juga sering kali tidak kelihatan. Produk kosmetik asli akan mempunyai nombor siri yang sama pada kemasannya. Selain itu ia turut tertera kandungan produk dan barangan asli selalunya akan mencatatkan kandungan dalam beberapa bahasa.

 4. Warna produk kosmetik

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.593935.1480672894!/image/image.jpg

Pembayang mata, pemerah pipi atau lipstik yang palsu akan menggunakan warna yang berbeza dengan asli. Sila buka laman web pengeluar untuk memastikan warnanya.

5. Ambil kira bau dan kandungan

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.593930.1480672681!/image/image.jpg

Produk kosmetik asli tidak akan memperlihatkan sebarang kandungan yang meragukan. Lipstik tiruan misalnya kelihatan tidak menarik dan terdapat cela. Produk asli selalunya akan mempunyai bau yang enak berbanding tiruan yang akan berbau busuk atau terlebih wangi.

6. Cuba sebelum beli

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.593933.1480672752!/image/image.jpg

Produk berkuali tinggi seperti pembayang mata atau pemerah pipi tidak akan mula hilang walaupun sudah lama digunakan. Begitu juga maskara yang tidak akan berketul bila diaplikasikan.

Sumber: www.brightside.me