Bobbi Brown Soothing Cleasing Oil


Penjagaan kesihatan kulit Bobbi Brown Soothing Cleansing oil menggabungkan bahan alami seperti Bunga Jasmine, Kacang Kukui dan Minyak Bunga Matahari. Kandungan emollient bunga matahari, minyak zaitun dan minyak Jojoba berfungsi menanggalkan solekan dan kotoran sekaligus memelihara kesihatan kulit. Minyak Kacang Kukui, kaya dengan Omega 3 dan 6 asid lemak membantu mencegah dehidrasi, menyegarkan dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari tanpa menyumbatkan liang pori.


 
Revolusi Baru Mineral Makeup

“Bobbi Brown percaya foundation harus natural seakan warna kulit”. Memperkenalkan Skin Foundation Mineral Makeup SPF 15, campuran mineral sempurna dan vitamin ekslusif. Partikel halusnya berkesan melicinkan kulit bak sutera. Formulasi istimewa ini menyerap lebihan minyak supaya wajah kelihatan segar. Sodium Hyaluronate bukan sahaja mencegah kulit dari kering malah mengelakkan solekan nampak bertompok. Formula mineral mengandungi kompleks unik Squalane, Ekstrak Soya Bean dan Ceramides membantu melembut dan melicin kulit. Vitamin B bertindak melembap. Vitamin C dan E memberi perlindungan anti-oksida.



Peraduan tamat pada 12hb August 2012.