Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang produk Luxuria Cosmetics. Produk yang baru dipasarkan secara eksklusif di www.luxuriacosmetics.com ini merupakan rangkaian kosmetik selebriti Diana Danielle bersama rakannya Harveen Dhaliwal. Selain dirumus dengan bahan semulajadi yang berkualiti, halal dan mudah digunakan, Luxuria Cosmetics turut bebas daripada kekejaman haiwan.

 

Antara himpunan koleksi Luxuria Cosmetics termasuk bedak mineral seperti bronzer, bedak asas, penggaris mata, pemerah pipi, gincu dan sebagainya. Menawarkan harga berpatutan dan boleh diposkan ke seluruh dunia, set mekap ini turut sesuai bagi kegunaan semua golongan umur.

 

Rebut peluang memenangi hadiah utama kelengkapan mekap Luxuria Cosmetics bernilai 1000 dalam Nona keluaran September ini. Anda hanya perlu menjawab tiga soalan mudah dengan menggunakan borang penyertaan yang telah disediakan. Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia sehingga 30 September 2013.