Bagaimana mahu kelihatan menyerlah di Aidilfitri? Adakah dengan memakai eyeshadow pelangi atau rona sedondon baju raya (bayangkan jingga atau hijau emerald), mampu membuat orang lain menoleh berkali-kali melihat anda? Fikirkan semula.

Salah satu elemen imej yang penting sewaktu beraya adalah solekan yang dikenakan. Taknak kelihatan pucat lesi, nampak tua atau berminyak, itu antara alasan mengapa kita selalu bersolek di hari raya. Kali ni, jom semak rahsia solekan kekal ayu sepanjang hari tanpa membuatkan anda kelihatan seperti badut bergerak.

ASAS SOLEKAN


Agar solekan anda nampak cantik sepanjang masa, apa kata anda berbelanja sedikit untuk produk bedak asas yang terbaik? Cara paling bijak adalah dengan mengunjungi kaunter solekan dan tanyakan pilihan paling sesuai jenis dan warna kulit anda pada konsultan kecantikan di sana. Mahu lebih yakin, calitkan bedak asas pada wajah sendiri untuk menilai kesesuaiannya.

MATA


Elakkan tragedi solekan mata comot kerana air mata bercucuran dengan menyapu primer khas di bahagian mata. Tip ini baik untuk memastikan eyeshadow anda tahan lama, malah menyerlahkan lagi warna yang dikenakan. Warna-warna evergreen untuk kelihatan ayu adalah nude, coklat dan pink lembut.

BIBIR


Sememangnya gincu bibir akan hilang sewaktu anda menjamah makanan yang terhidang. Jadi pilihlah gincu jenis matte kerana warnanya kekal lebih lama dan tidak mudah tanggal. Tip ini juga memastikan anda tak perlu touch up berulang kali.

PIPI


Layangkan pemerah pipi secara nipis untuk efek segar. Jangan tonyoh berus pipi berkali-kali sampai nampak macam kesan penampar pula!

SEMBUR PERFUME
Akhir sekali, semburkan perfume kegemaran sebelum keluar beraya. Pilihan aroma manis yang berasaskan bunga atau buah-buahan lebih disarankan berbanding aroma yang kuat dan menyengat hidung.