Semenjak berusia 10 tahun, Sara Geurts, 26, telah didiagnosis menderita Sindrom Ehlers-Danlos iaitu sejenis kecelaruan tisu yang menjejaskan penghasilan kolagen tubuhnya.

Meskipun penghidap sindrom ini akan kelihatan seperti seorang tua kerana kondisi kulit yang tidak anjal atau berkedut-kedut, tapi Sara tetap berusaha mencapai cita-citanya untuk bergelar model walaupun terbatas.

"Kulit saya adalah keresahan terbesar saya. Tapi sekarang saya menganggapnya sebagai hal terbaik tentang imej diri sendiri dan ia sebahagian ciri-ciri individualistik seseorang manusia," kata Sara dengan positif.

Sewaktu zaman persekolahan, wanita berketurunan Korea - Amerika ini sangat malu dengan kekurangan tersebut. Namun semakin dia meningkat dewasa, Sara memutuskan untuk menikmati hidup dengan sepenuhnya. Disebabkan itu, dia selalu mengambil foto tubuhnya sejak berumur 22 tahun lagi.

"Industri permodelan selalu menonjolkan definisi sempurna, jadi dengan kehadiran saya yang serba kekurangan ini, saya yakin ia menjadi satu faktor kejutan kerana tiba-tiba lari dari kebiasaan," memetik katanya kepada AOL.

Nasihat Sara Geurts kepada mereka yang menghidap sindrom ini?

  • Jangan putus asa dengan hidup anda.
  • Tahu bahawa anda selalu punya bantuan sokongan.
  • Lalui perjalanan hidup ini dengan gembira.
  • Berbanggalah dengan kelainan ini kerana semua orang akan menyanjungnya.
     

Kredit: Instagram @sarageurts