Dikatakan mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus semua sekali dari jasad.

Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam erti kata ‘menjenguk’ (extending), masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas.

Ibarat seseorang kaki kanan di dalam air tapi kaki kiri memijak daratan. Begitulah juga orang yang bermimpi, sebahagian rohnya berada dalam jasad manakala sebahagian lagi berada di luar tubuhnya.

Namun seringkali berlaku hal-hal tidak masuk akal sewaktu tidur. Semak himpunan perkara misteri ini seperti yang dilaporkan oleh Brightside.me dan percayalah, kebanyakan hal ini adalah petanda wujudnya gangguan makhluk halus di sekeliling anda.

(1) Bermimpi Dalam Mimpi

Fenomena bermimpi dalam mimpi ini berlaku apabila anda fikir sudah terbangun dari mimpi, tapi sebenarnya masih lagi berada dalam satu mimpi yang lain.

(2) Rasa Terjatuh Dari Ketinggian

Tubuh melayang, rasanya seperti terjatuh dari tempat yang tinggi dan menyeramkan!

(3) Kelumpuhan atau sleep paralysis

Suatu malam anda terbangun tapi tidak mampu bergerak kerana seolah ada sesuatu yang menimpa tubuh. Sleep paralysis juga selalu disertai halusinasi yang menakutkan. Ramai percaya ada makhluk halus menghempap tubuh anda.

(4) Berjalan Sambil Tidur

Realitinya anda sedang tidur tapi otak anda tidak. Orang yang mengalami masalah ini mampu berjalan hingga ke luar rumah tapi sebaik disedarkan, mereka biasanya tidak ingat apa-apa.

(5) Rasa Keluar Dari Tubuh Sendiri

Disebut sebagai neuropsikologis yang membuat seseorang merasa setengah tidur dan setengah terjaga. Dia berasakan seolah keluar dari tubuhnya dan melihat jasad tubuhnya sendiri yang sedang tidur. Ini menegaskan bahawa jiwa itu benar-benar ada.

(6) Bercakap-cakap

Ketika tidur, kita biasanya tidak sedar atau tidak boleh bercakap. Tapi kondisi ini disebut sebagai somniloquy kerana dialog anda sewaktu bermimpi benar-benar diucapkan di dunia nyata. Bahayanya, mungkin ada rahsia yang turut terbongkar ketika ini.

Kredit: Foto Brightside.me

Dalam kitab-kitab karangan Ibnu Sirin, Imam Ad-Dahlawi, Imam An-Nawawi dan Imam Ibnu Hajar, terdapat cara-cara dan adab-adab yang sunat dilakukan ketika bermimpi daripada gangguan syaitan. Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Membaca ta’awwuz (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim).
  2. Meludah ke sebelah kiri kita sebanyak 3 kali.
  3. Mengubah cara tidur ke sebelah yang lain.
  4. Bangun sembahyang 2 rakaat (kalau termampu) dan berdoalah agar kita dijauhkan dari musibah dan bencana serta mintalah yang baik-baik serta perlindungan daripada Allah SWT.