Menu daging kambing sememangnya menjadi kegemaran ramai. Olahan pelbagai menu lazat seperti sate, kambing golek dan kari kambing kebiasaannya membuat sesiapa yang menggemari daging jenis ini tidak melepaskan peluang untuk menambahnya berkali-kali.

Tapi mengapa pesakit darah tinggi dan sakit jantung dilarang memakannya?

Menerusi kajian, orang yang mementingkan kesihatan lebih suka memilih daging kambing berbanding daging lain kerana setelah dipanggang, ia terbukti lebih rendah kalori, rendah lemak, rendah kandungan lemak tepu, tinggi kandungan protein dan zat besi.

Khasiat Daging Kambing

  • Dikenali sebagai ‘naturally occuring health meat’.
  • Rendah kandungan kolesterol.
  • Kandungan HDL-C tinggi dan LDL-C rendah.
  • Membantu menghindari penyakit jantung seperti yang dikaji oleh Dr. John R. Addrizzo.
  • Sesuai dengan jenis darah O, B dan AB (dimiliki seramai 75% rakyat Malaysia) seperti yang dikaji oleh Dr. Peter J.D’Adamo.

Pencegahan

Sebenarnya kandungan kolesterol dalam daging kambing menyamai dengan daging lain. Daging kambing juga tergolong dalam daging merah seperti lembu, kerbau serta biri-biri dan boleh dikatakan kesemua jenis daging ini tidak banyak berbeza daripada segi kandungan kolesterol.

Namun penyelidikan mendapati kolesterol kambing boleh menguraikan kolesterol dalam darah yang menjadi punca penyakit darah tinggi. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing kerap kali mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isi padu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang baik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Anda pening bila menikmati daging kambing? Ia berlaku kerana kolesterol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak, ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan).

Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolesterol tepu oleh kolesterol kambing.

Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Kecantikan

Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semula jadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Ia akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari. Mengamalkan memakan daging kambing ialah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Bagi penggemar daging kambing, makanlah ia secara sederhana. Ini kerana tahap kesihatan seseorang individu itu boleh terjejas sekiranya daging dimakan tanpa kawalan atau mengikut keperluan yang sepatutnya.

Salah satu panduan yang baik juga ialah dengan memastikan lemak yang terdapat pada daging dibuang sebelum dimasak atau dimakan kerana di situlah terletaknya kandungan kolesterol yang tinggi!